AAHH!
Nak nangis! Tapi tak nangis pun. Still tak nangis-nangis lagi, Alhamdulillah. Dia masih tabah.
YTK!! (Ya Tuhan Ku!), hari-harinya dipenuhi dengan kerja yang berlambak. Sampai makan boleh lupa, jarum jam ke mana pun tak sedar, tapi masih ingat untuk mandi, ya. Bila makan chocolate lima inci rasa macam nikmat semacam. Sungguh tak disangka boleh sampai begini.
Sebelum percutiannya yang sebenarnya takdalah sehebat mana, (Dua minggu tak ke mana, pergi tengok Jason Mraz kat London je, HO YEAH!) yang akan bermula pada awal April nanti, dia mempunyai sepuluh deadline.
Ya. Setelah mengira jumlah semua kerjanya, boleh dikatakan akan memberi hasil 10,000 patah perkataan dan beberapa ratus nombor. Harus dicatatkan dalam rekod personal. Lebih mendukacitakan, printernya yang besar gedabak itu pun boleh hilang! Menyesal tak tak pergi beli printer baru masa NY sale? Menyesal kan? Kan? KAN? Padan muka.
Mungkin kerjanya tidak sebanyak mana seperti kalian sangkakan tapi dalam lebih kurang tiga minggu ni, hidupnya akan begitu hectic!
Adakah anda sedar tentang penyalahgunaan ubat-ubatan di kaunter farmasi seperti ubat batuk dan ubat menurunkan berat badan? (Over the counter, OTC, "Legal but Lethal drugs")
Bagaimanakah anda hendak buktikan tiada perbezaan antara miu A dan miu B? Gunakanlah MINITAB.
Apakah langkah-langkah yang wajar sekiranya seorang remaja hendak membeli dadah dari anda dan memberi syarat agar tidak direkodkan? Pergi mampus sama dia. HAHA eh salah.
Apakah diagnosis anda daripada sampel yang diperhatikan dan ujian-ujian yang dijalankan?
Mata panda, confirm. Gunakanlah concealer!
Namun begitu, oleh kerana tiket untuk pulang ke Malaysia sudah dibayar (haih, habis £££.££), semangatnya kekal menggunung sambil mengingati yang tersayang, dalam dan luar mimpi (Short term goal). Apatah lagi kerana JLS* hendak datang temaninya pada Ahad ini (Shorter term goal).
Eh crap, wtf am I talking about la?
* Sila Google atau Youtube "JLS X-Factor" kalau hendak tahu.
0 paints:
Post a Comment