Influenza Babi


Seperti diketahui ramai (ataupun tidak), Tanah Belanda terkontaminasi dengan jebakan influenza H1N1 ataupun Influenza Babi. Babi memang tiada kebaikan pun.


Jadi, tidak kisah lah anda bertapak di hujung dunia mana pun, kebersihan dan kesihatan harus diambil dengan lebih berat ya. 


Basuh tangan selalu, seelok-eloknya dengan pencuci antibakterial. Bukannya nak kata sebelum ni tak cuci tangan. Tapi sila kerapkan frekuensi cucian itu. Ke mana-mana anda pergi, bawalah sebotol pencuci 'hygienic' dan tisu lembap alkohol. Jika anda lelaki dan tidak mempunyai 'man-bag', pandai-pandai lah anda ya. 


Sila jadi seorang 'freak'. Sebelum gunakan sudu, garpu, pinggan dsb, lap dulu dengan tisu anda. Setiap kali selepas membuka dan menutup pintu, cuci tangan. (Haha) FREAK YA. Nak freak ke nak sakit? Cakap!


Elak berada atau melepak di tempat awam. Kalau nak nampak lebih dramatik, pakai lah mask dan sarung tangan. Mesti orang pikir gila ke apa budak ni, panas-panas pakai sarung tangan. Nak freak ke nak sakit? Cakap! 


Lagi-lagi jangan suka hati nak lepak di hospital (kecuali anda kerja di situ). Berikan lebih perhatian kepada kebersihan diri anda jika ke hospital untuk menziarahi keluarga/rakan sebaya. Di hospital lah terdapat perkampungan bakteria dan virus yang mungkin lebih merbahaya. Awaaaaas.


Apabila terasa seperti dijangkiti selesema, suhu badan meningkat, muntah-muntah (dan tanda-tanda selesema yang biasa), sila dapatkan konsultasi doktor anda. 


Makan vitamin-vitamin anda. Tapi jangan harapkan pil-pil itu sahaja. Diet yang seimbang harus dipraktikkan! Banyakkan stok buah-buahan dan sayuran anda. Dah banyakkan stok, makanlah selalu. Jangan biar jadi busuk. Jangan lupa bersenam! (cakap je orang. Kita ni duk bersenam atas kerusi) Bak kata ibunya, minum 10 gelas minimum sehari!!! Baik ibunyaaaa.


Di tempat asing ini, terasa lebih sedar dengan situasi-situasi sebegini. 


Jaga diri baik-baik!! Moga Allah swt lindungi kita semua daripada penyakit berjangkit ini.


(p/s: Keadaan pasangan (di Falkirk ke? tidak jauh dari tempat saya) yang membawa balik influenza ini dari Mexico dilaporkan semakin memulih. Bagus. Moral: Jangan cium babi. Hehe)

posted under |

5 paints:

Syed Ali Rabbani said...

tanah belanda? i thought it originated from mexico? or from belanda pegi mexico??

Izati said...

siapa kata dia originated from belanda. ali bengong.

its from mexico to belanda.

Syed Ali Rabbani said...

ayat mengelirukan. tolak 30 % dan tambah homework seumur hidup

Izati said...

mana ade. u yang mengelirukan diri sendiri. keluar sekarang.

ieka zazili said...

haha ni bunyi macam pharmacist berjaya.

Newer Post Older Post Home

It's My Blog!

My photo
If you bump into me, PLEASE SHOUT OUT MY NAME and WAVE LIKE YOU'RE CRAZY!

Recent Comments