Hujan sudah turun, angkat kain di jemuran.

Tengah hari tadi, sewaktu menikmati ayam goreng rempah (dibuat sendiri, ya), tiba-tiba hujan lebat! Terus panik dan berkata dalam hati,


"Eh, ada sidai baju ke tak kat luar???"

walhal kita guna tumble dryer sahaja. Ampaian pun tak wujud.

Dalam beberapa minit tu terbayang ibunnnyyyaaa atau kakak tersayang menjerit, "IZATI IZATI IZATI!! HUJAN!!!" dan mini-istana itu bagai nak roboh dibuatnya. Kakak dan abang menjerit-jerit sambil berlari ke taman untuk membawa masuk jemuran. 

Siapa tak sempat pakai selipar harus berhati-hati, takut terpijak 'bom' buatan kucing-kucing tersayang. Kucing yang pandai akan beri laluan dengan mata penuh memahami; kucing yang bengap akan berlari bersama, seperti boleh memberi pertolongan. Hampeh! Kacau orang nak lari ada lah. Boleh bikin gaduh sebentar sambil menyelamatkan jemuran.

Lagi rela selamatkan jemuran pada hari terik walaupun abangnya berada di rumah. Mengapa? Tepuk dada tanya selera.

Dalam keadaan panik dan dilemma berseorangan di dalam bilik, terus mengingatkan rakan bukan sebaya, Ali. "Ali! Hujan lebat!! Angkat kain di jemuran!!"


posted under |

4 paints:

Syed Ali Rabbani said...

eh kita berkongsi tajuk belog yg sama! gedik betul! lempang skit! ah!

Izati said...

aish tak sama. ni lagi panjang. macam equation bezakan laki ngan pompuan. huahuahua

keluar sekarang.

Shazwan Azizan said...

bongok jugak en kau ni?

Izati said...

haih shazwan. you should know better. do i still surprise u? hahahahah

Newer Post Older Post Home

It's My Blog!

My photo
If you bump into me, PLEASE SHOUT OUT MY NAME and WAVE LIKE YOU'RE CRAZY!

Recent Comments